Tuesday, January 25, 2011

25th Jan...

2.38 a.m


huhu..memang terkejot giler...
aku tak sangka dia boleh buat cubaan masuk lagi..aku tengah online time tu, tiba - tiba aku nampak (pemulas) some sort like a tombol pintu, bergerak...seriuosly takkan dia gerak sendiri kan...aku pon cepat cepat lakejotkan shahriman dengan mode yang sangat perlahan (takot sangat kalu orang yang memulas pintu tadi dgr), aku pon cterla kt shahriman yang aku nampak tombol pintu tu bergerak, dengan yakinnya aku convincekan dia, walaupun dia menempelak aku dengan assumption" angin je tu)...logically angin takkan boleh nk nk pulas tombol kot...cam mustahil...dalam fikiran aku ada dua benda je samada hantu ataupun orang aka pencuri memandangkan kami tak terima tetamu yang datang kul 2.30 pagi...seram sejuk aku dibuatnye pagi tuh...shshriman pun untuk myedapkan hati aku, bukak skrin pc, tgok CCtV...suspen la time tuh...takot sangkaan aku meleset...sekali bila tengok rakaman tu betol la ade sorang mamat yang telah memulas tombol pintu...dia duk mengintai ngintai dekat lubang pintu...sekejap kat bawah sekejap lam lubang kunci tu...siap suluh ngan handphone lagi sebab lampu kat lur telah ditutup, sso memang agak gelap la kt luar tuh....yang paling tak sangkanye...mamat yang cuba nk hack umah mak mertua aku tu ialah seseorang yang amat aku kenali...huhu..

time tuh, aku rasa sebak terus...nampaknya dia ni tak pernah insaf...baru balik pusat pemulihan, dah balik wat perangai lama. sebelum ni dia memang pernah menceroboh masuk rumah mak mertua aku beberapa kali...dan most of the things yang dia telah rampas tanpa izin ialah barang - barang aku termasukla laptop aku yg telah berkhidmat ngan aku selama 4 tahun, pastu aku pon bli laptop baru, tak sampai 3 bulan aku pakai dia pon curi la( cam tau - tau je aku dah ganti yang dia curi dulu), duit syiling yang aku simpan pon dikebasnya..antara lain yang menjadi mangsa mamat berkenaaan ialah, handphone lame hubby, cincin aku 3 bentuk (termasuk cincin merisik), duit mak mertua aku toksah cakap la...

aku masih ingat lagi, bila dia curi laptop aku yang pertama aku jadi hilang arah, sebab banyak assignment yang aku kena buat, laptop ni memang penting lam hidup aku..rasenye kalu tak bukak laptop sehari cam tak lengkap je hari. Pastu aku n hubby pon kumpul duit beli laptop baru... tup - tup laptop aku yang baru pon hilang jugak. dikebas lagi.. masa tu aku memang sedih giler, hubby pon tak tahan aku time tuh, aku jadi hot temper, stress yang amat...sekali aku nampak hubby nangis lam bilik mak dia, dia nangis sambil marah - marah kat pencuri tuh...(masa tu kami tak tau sapa pencuri tu)...dia kata pencuri tu dah wat hidup kami upside down..tak tenang and memang serabut sangat - sangat. masa tu baru aku realized bukan aku je yang stress, sepatutnya aku kena sabar dengan dugaan tuhan bukan lepas perasaan kat hubby. hubby aku kata dia sangat sedih bila tengok aku nangis mengenangkan barang- barang yang kami hargai dicuri semudah itu....kita ni kumpul duit susah bukan main - main. dia senang - senang je...aku rasa sangat tak fair...

kami ikhtiar macam2...pegi jumpe bomoh(walaupun ridiculous), mintak ustaz doakan (walaupun hubby aku pun ustaz), macam - macam, pegi cari barang tu dekat kedai - kedai terpakai..mana la tau pencuri tu ada jual kat mana - mana. hubby sentiasa berdoa, bangun sembahyang tahajud dan hajat mintak doa , moga Allah tunjukkan pada kami siapa dalang sebenar. sampai la satu hari, masa mak ada dekat rumah sorang - sorang...semasa mak tengah mnyapu halaman, tibe2 ada la dua orang jiran datang berlari - lari bagitahu ada orang panjat tingkap kat belakang. mak pon cepat2 bagitau kakak ipar aku yang duk tak jauh dari rumah, mintak dia telefon polis...kebetulan ada sorang lelaki sempat tangkap pencuri tu sebelom polis datang...

kenyataan yang sangat menyentap hati, bila kami dapat tahu yang pencuri yang selama ini bermaharajalela tu sebenarnye orang yang sangat dekat pertalian darahnya dengan kami sekeluarga. rase sangat sakit hati bila ingat balik kesusahan yang kami lalui disebabkan dia. ..kemudian dia dibawa polis ke balai...hubby yang tengah marah masa tu pergi ke balai dan tampar dia. tapi sdia masih menafikan, tak mengaku dengan semua kesalahan yang dia dah buat. aku rase bersalah dengan mak ayah dia, sebab mak ayh dia orang baik...memang baik. tapi iman tak boleh diwarisi...ityulah kenyataan yang kami sekeluarga terpaksa hadapi sehingga sekarang. aku ingat bila dia dihantar ke pusat pemulihan, dia akan berubah...setelah lebih kurang setahun dia lepakkan diri dia kat sane, dia kembali...tapi selepas beberapa bulan dia balik...nampaknya sejarah berulang...hidup aku kembali dihantui rasa takot ngan kehadiran manusia yang tak mampu diramal itu...

aku sedar semua ini adalah satu ujian Allah...aku sentiasa ingat, dugaan yang ibu bapa dia sedang lalui lebih hebat...semoga dia akan berubah ...Ya Allah, Engkau ubahla dia Ya Allah...berila dia keinsafan....semoga dia kembali ke jalan yang lurus yang Engkau redhai Ya Allah...

1 comment: